Karya MPP


Tulisan bebas..


Tiba-tiba teringgin kongsikan apa yang ada di minda aku. Aku sedar, aku bukan perjuang bangsa, agama mahupun Negara tetapi ianya menjadi kepuasan ku untuk berkongsi apa yang aku fikirkan. Sebelum korang baca korang perlu tahu sedikit latar belakang aku. aku lahir di pulau yang di katakana indah menjadi salah satu pusat kewangan dimana menempatkan lebih kurang 100 bank dunia ada disini serta merupakan salah satu simbol kemerdekan Negara iaitu terletaknya “surrender point” di sini iaitu Wilayah Persekutaan Labuan. 

Aku percaya setiap orang adalah cebisan dan kesan daripada sejarah atas sebab orang terdahulu yang kini sibuk memarahi orang muda sedangkan kami terbentuk dari segi biologikal dan  pemikiran mereka melalui “formal learning” dan “unformal learning”. Bagi aku bukan semua manusia diberi peluang untuk memiliki pemikiran sendiri dan bukan semua berpeluang untuk memiliki indentiti sendiri. Disebabkan pemikiran kita sekarang terikat dengan apa masyarakat hendak kita fikirkan menyebabkan pemikiran kita terbatas. 

Sudah menjadi kebiasan kita dengar itu bukan tugas kita, biarlah, dan paling terkenal “ada aku kisah”. Ini lah antara punca zaman sekarang jiran pindah pun tidak sedar. Orang sekarang berpendapat siapa ambil tahu pasal sekeliling merupakan terdiri dalam golongan orang yang “busybody” sedangkan mereka adalah golongan yang perihatin kecuali golongan mat atau minah gosip yang hanya pandai cakap atau berita khabar buruk pada orang lain tanpa berusaha untuk menyelesaikanya mahupun menghulurkan paling ringan adalah doa. Ramai tidak sedar senjata yang paling tajam adalah perkataan melalui suara ataupun pena kita tidak perlu bala tentera untuk orang lain mendengar pandangan kita. Tapi setiap benda ada batasnya ada masa pena menjadi sepanduk dan suara melalui speaker. 

Selepas membaca buku Yusuf Al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat walaupun hanya berpeluang membaca muqadimah dan dua keterangan beliau iaitu mengenai siapakah yang menetukan kerosakan pemimpin? dan adakah islam membenarkan demontrasi dan protes secara aman? aku rasa bukan ditulisan ini untuk menghuraikan apa yang dibicarakan dan satu lagi perkara yang tiba-tiba buat aku ingin menulis adalah selepas melihat cerita “Gie” cerita perjuangan salah seorang mahasiswa Indonesia yang aku rasa wajib semua pemimpin mahasiswa tengok saya harap yang tengok bijak ambil yang baik dan buruk buang ke laut tapi serius korang tengok inilah realiti hingga lah hari ini walaupun cerita itu adalah biografi seorang tokoh lama tapi ini kekal sampai sekarang aku tidak mengajak untuk anda bersorak di tepi jalan tapi untuk melihat usaha mahasiswa terdahulu. Saya bukan tuhan untuk menghukum siapa salah atau benar. Adakah anda tuhun untuk menghukum orang itu bersalah atau tidak? Ada akal guna, ada hati simpati, ada mulut doa.  ini pandangan saya, saya hormati pandangan kamu. Sedia dikiritik..

Penulis :
Khairul Anwar Bin Korai
Timb. Naib Yang DiPertua
Majlis Pewakilan Pelajar 2013

No comments:

Post a Comment